Pesara tentera ditemui rebah di tepi tali air

Anggota polis menjalankan pemeriksaan sebelum mayat dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat. - Foto Ihsan pembaca
Anggota polis menjalankan pemeriksaan sebelum mayat dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat. - Foto Ihsan pembaca
A
A
A

BAGAN SERAI - Seorang pesara tentera meninggal dunia selepas ditemui rebah di tepi tali air di Parit Ismail 2 di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.25 petang itu, mangsa, Azhar Ahmad, 54, disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, pemeriksaan fizikal mendapati tiada sebarang kesan kecederaan mahupun unsur jenayah dikesan.

"Hasil temu bual dengan pihak keluarga, mangsa merupakan pesakit jantung sejak lima tahun lalu dan baru sahaja mendapatkan rawatan susulan di Hospital Taiping pada 5 Oktober lalu.

"Malah, mangsa pernah dinasihatkan supaya tidak lagi menjala ikan kerana pernah terkena serangan jantung dan strok," katanya di sini hari ini.

Mazuki berkata, mayat dibawa ke Hospital Parit Buntar dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan kegagalan jantung.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Jenazah mangsa kemudiannya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Tinggi di sini.

Artikel Berkaitan: