X

Kindly register in order to view this article
!

Kelantan United pertaruh pengalaman pemain senior

Kelantan United antara kelab yang bakal menwarnai saingan Piala Malaysia musim ini. - Foto Kelantan United Football Club
A
A

BARISAN pemain berpengalaman mampu membawa Kelantan United memberikan saingan sengit pada penampilan sulung Kijang Hijau itu dalam kempen TM Piala Malaysia yang dijadualkan bermula pada 6 November depan.

Ketua jurulatih Kelantan United, Mohd Nazrulerwan Makmor berkata, pemain seperti Shahrizan Ismail, Daudsu Jamaluddin, Amiridzwan Taj dan Faizol Nazlin boleh menggalas cabaran dan membentuk gandingan yang baik dengan pemain muda bagi mengharungi saingan merebut piala berprestij itu.

"Sudah tentu saya memerlukan khidmat pemain berpengalaman bagi mengimbangi kemampuan pasukan lawan. Kami menyedari lawan yang akan ditemui nanti cukup hebat kerana kami kemungkinan berdepan pasukan elit dari Liga Malaysia (Liga-M).

“Saya mahu pemain terus mempamerkan disiplin tinggi dan memberi tumpuan pada setiap perlawanan bagi memperoleh hasil memuaskan kepada banyak pihak,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga menyeru agar pemain muda menggunakan sepenuhnya pentas Piala Malaysia untuk mempamerkan prestasi terbaik mereka.

Saingan Piala Malaysia menghimpunkan 11 pasukan terbaik CIMB Liga Super dan lima pasukan terbaik Liga Premier dijalankan dalam format baharu iaitu perlawanan secara pusingan kalah mati. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!