Sabah lulus RM160 juta bantuan Prihatin Covid-19

Datuk Seri Hajiji Mohd Noor
Datuk Seri Hajiji Mohd Noor
A
A
A

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah hari ini bersetuju meluluskan sebanyak RM160 juta bantuan Prihatin koronavirus (Covid-19) bagi membantu rakyat yang terjejas akibat pandemik itu.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor dalam satu kenyataan hari ini berkata, bantuan berkenaan adalah tambahan kepada peruntukan segera sebanyak RM50 juta yang telah diluluskan kerajaan negeri pada awal bulan ini.

"Peruntukan itu akan disalurkan melalui pelbagai kementerian kepada mereka yang terbabit dalam bidang pertanian, pelancongan (pemandu pelancong, porter, jurulatih penyelam), pengangkutan (pemandu teksi, bas dan lori) dan penjaja, anak yatim, ibu tunggal dan lain-lain.

"Daripada jumlah peruntukan itu, sebanyak RM1 juta akan disalurkan kepada universiti untuk membantu pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) yang turut terkesan akibat pandemik ini," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet hari ini.

Terdahulu, Hajiji turut mengumumkan penubuhan Majlis Ekonomi Sabah untuk membincangkan kaedah untuk memulihkan ekonomi negeri ini.

"Keahlian anggota majlis itu akan diumumkan tidak lama lagi yang membabitkan pihak industri, peniaga, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga ahli akademik," katanya.

Artikel Berkaitan: