KKM harap peruntukan lebih tinggi dalam Belanjawan 2021

Dr Noor Hisham ditemui pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama
Dr Noor Hisham ditemui pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berharap peruntukan lebih tinggi dapat diberikan kepada kementerian itu melalui Belanjawan 2021 bagi membolehkan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik disediakan kepada rakyat untuk merawat penyakit berjangkit dan tidak berjangkit di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, melalui peruntukan itu, pihaknya juga merancang penubuhan hospital penyakit berjangkit dan penambahan latihan untuk pakar kesihatan di lapangan serta perubatan di hospital.

"Kita memang memerlukan tambahan peruntukan untuk kementerian bagi meningkatkan perkhidmatan dan aktiviti kesihatan untuk rakyat," katanya pada sidang akhbar harian perkembangan Covid-19 di sini hari ini.

Belanjawan 2021 dijadual dibentangkan di Parlimen pada 6 November ini.

Artikel Berkaitan: