Pelajar positif Covid-19, tiga sekolah di Dungun ditutup

 Dr Alias Razak
Dr Alias Razak
A
A
A

DUNGUN - Tiga buah sekolah di daerah ini diarah tutup bagi proses sanitasi berikutan pelajar di sekolah berkenaan didapati positif Covid-19.

Tiga sekolah terbabit ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teja Putera yang ditutup selama 14 hari, manakala dua lagi sekolah iaitu SMK Ketengah Jaya dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kerteh 1 ditutup selama tujuh hari.

Perkara itu disahkan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Berdasarkan info menerusi laman sosial rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, sehingga jam 12 tengah hari hari ini, terdapat sebanyak 11 kes baharu melibatkan mukim Rasau, Dungun hasil kontak rapat kepada kes daripada Kluster Makekar.

Artikel Berkaitan: