Jangkitan Covid-19 di Indonesia lepasi angka 400,000

Kes jangkitan Covid-19 di Indonesia melepasi angka 400,000 selepas mencatatkan 4,029 kes positif baharu dalam tempoh 24 jam lalu. - Foto 123RF
Kes jangkitan Covid-19 di Indonesia melepasi angka 400,000 selepas mencatatkan 4,029 kes positif baharu dalam tempoh 24 jam lalu. - Foto 123RF
A
A
A

JAKARTA - Kes jangkitan koronavirus (Covid-19) di Indonesia kini melepasi angka 400,000 selepas mencatatkan 4,029 kes positif baharu dalam tempoh 24 jam lepas.

Bagaimanapun, sebanyak 325,793 pesakit daripada 400,483 yang disahkan positif virus itu telah sembuh daripada jangkitan berkenaan.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman Twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, sebanyak 169,833 lagi pesakit masih dalam pemantauan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 100 lagi kematian dicatatkan, menjadikan jumlah kematian kumulatif di republik itu kini 13,612 orang.

Provinsi Jakarta kekal mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu dengan 103,522 kes setelah tambahan 844 kes baharu manakala provinsi Jawa Timur merekodkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 3,724 orang. - Bernama

Artikel Berkaitan: