MKN wujud Jawatankuasa Strategik Pengurusan Pandemik tangani Covid-19

Ismail Sabri berucap pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Wisma Pertahanan Kementerian Pertahanan hari ini. -Foto Bernama
Ismail Sabri berucap pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Wisma Pertahanan Kementerian Pertahanan hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Jawatankuasa Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju mewujudkan Jawatankuasa Strategik Pengurusan Pandemik jangka masa panjang dan sederhana bagi menghadapi cabaran pandemik koronavirus Covid-19 di negara ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau akan mempengerusikan jawatankuasa itu yang turut melibatkan 10 sektor merangkumi bidang ekonomi, kesihatan dan pendidikan.

"Jawatankuasa ini telah dibentuk dan menteri berkaitan dilantik untuk mengetuai sektor tersebut bagi merangka beberapa cadangan.

"Saya percaya dalam masa terdekat, mereka akan bentangkan kepada jawatankuasa induk menangani pandemik Covid-19," katanya pada sidang akhbar perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini hari ini.

Katanya sektor terlibat adalah Keselamatan Kesihatan Awam; Keselamatan dan Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan; Pendidikan dan Sosial; Ekonomi dan Industri; Pembangunan dan Infrastruktur; Pembudayaan Masyarakat; Hubungan Antarabangsa; Komunikasi Strategik Sektor Sains dan Teknologi dan Hal Ehwal Perundangan.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: