X

Kindly register in order to view this article
!

801 kes positif Covid-19, lapan kematian dicatatkan

Dr Noor Hisham Abdullah. Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kes baharu koronavirus (Covid-19) hari ini kekal tiga angka dengan 801 kes, sementara 573 kes pulih dan lapan kes kematian dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif ialah 29,441, dengan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 10,123 kes.

Dr Noor Hisham berkata 81 peratus daripada 801 kes baharu disumbang oleh negeri yang diletak di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Beliau berkata sejumlah 546 kes dikesan di Sabah manakala negeri di sekitar Lembah Klang mencatatkan 103 kes dengan Selangor sebanyak 89 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 14 kes.

Selain itu, Negeri Sembilan mencatatkan 24 kes, Labuan (29), Sarawak (27), Pulau Pinang (19), Perak (enam), Johor (8), Kedah (28) dan Terengganu (11).

Kesemua kes melibatkan penularan tempatan kecuali dua kes import masing-masing satu di Selangor dan Kuala Lumpur melibatkan seorang warganegara serta seorang bukan warganegara yang tiba dari Iran dan Arab Saudi.

“Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 29,441 kes manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula ialah 10,123 kes. Kesemua pesakit ini telah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya pada sidang akhbar perkembangan situasi Covid-19 di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, terdapat sebanyak 573 kes pulih hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya ialah 19,072 atau 64.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Beliau berkata, sebanyak 94 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 25 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

“Daripada maklumat terkini yang dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Respon Krisis Kebangsaan pula dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan lapan kes kematian berkaitan Covid-19.

“Justeru jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 246 kes atau 0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya.

Sementara itu, Empat kluster baharu pandemik koronavirus (Covid-19) iaitu Kluster Seri Gaya, Kluster Greenhill, Kluster Idaman dan Kluster Bayu telah dikenal pasti Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini, menjadikan keseluruhan kluster ketika ini sebanyak 234.

Dr Noor Hisham berkata Kluster Seri Gaya melibatkan daerah Kota Kinabalu dan Tuaran di Sabah dengan 17 kes dikesan positif Covid-19, sementara 47 lagi individu yang disaring dikesan negatif setakat 12 tengah hari ini.

"Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-14153) telah dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 27 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 16 lagi kes positif Covid-19.

"Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth," katanya.

Kluster Greenhill pula dilaporkan di daerah Kuching dan Miri, Sarawak dengan kes indeks bagi kluster itu (iaitu kes ke-27786) telah dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 25 Oktober.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!