Polis buat persiapan laksana PKPD di Kampung Haji Baki

Seorang penduduk Kampung Haji Baki, Kuching melekatkan notis di hadapan rumahnya di sini susulan pelaksanaan PKPD di kampung itu bermula hari ini sehingga 11 November ini. - Foto Bernama
Seorang penduduk Kampung Haji Baki, Kuching melekatkan notis di hadapan rumahnya di sini susulan pelaksanaan PKPD di kampung itu bermula hari ini sehingga 11 November ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUCHING - Sepasukan anggota polis mulai memasang peralatan penghadang jalan bagi mengawal jalan masuk utama ke Kampung Haji Baki, di sini sejak jam 11.00 pagi tadi sebagai persiapan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula petang ini.

Tinjauan ke kampung berkenaan yang terletak kira-kira 13 kilometer (km) dari pusat bandar raya ini pada sekitar jam 12 tengah hari tadi mendapati laluan masuk itu masih sibuk dengan kenderaan penduduk yang keluar dan masuk menjalankan urusan harian.

Anggota polis melakukan persiapan di jalan masuk utama ke Kampung Haji Baki di sini susulan pelaksanaan PKPD di kampung itu bermula hari ini sehingga 11 November ini. - Foto Bernama
Anggota polis melakukan persiapan di jalan masuk utama ke Kampung Haji Baki di sini susulan pelaksanaan PKPD di kampung itu bermula hari ini sehingga 11 November ini. - Foto Bernama

Beberapa orang penduduk yang sempat ditemui berkata, mereka telah membuat persiapan awal untuk mendapatkan bekalan barangan keperluan sejurus mengetahui berkenaan dengan pelaksanaan PKPD itu.

Dalam satu sidang akhbar semalam, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengumumkan PKPD ini akan berkuat kuasa sehingga jam 11.59 malam 10 November ini.

Menurutnya, perintah berkenaan perlu dilaksanakan di kampung yang mempunyai kira-kira 4,200 orang penduduk itu setelah 25 kes positif Covid-19 dicatatkan di situ sejak 18 Oktober lalu. - Bernama

Artikel Berkaitan: