Askar wataniah ditemui mati

No Image Caption
A
A
A

IPOH - [DIKEMASKINI] Seorang anggota askar wataniah ditemui meninggal dunia dalam keadaan tergantung di Pusat Latihan Askar Wataniah di Jalan Dihilir di sini hari ini.

Mangsa berpangkat Staff Sarjan dan berusia 37 tahun itu ditemui oleh seorang anggota pusat berkenaan sekitar jam 7.09 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, siasatan ke lokasi mendapati, lelaki berkenaan dalam keadaan leher terjerut dengan seutas tali plastik di tempat letak kereta berbumbung pejabat pentadbiran.

"Mangsa dijumpai lengkap berbaju dan berseluar sukan panjang.

"Siasatan awal tidak menemui sebarang kesan atau unsur jenayah pada tubuh badannya dan mangsa dipercayai membunuh diri dengan menggantung diri," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

"Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengetahui punca mangsa mengambil tindakan nekad sedemikian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz.