Kluster Kempas di Johor terus catat peningkatan

 Kluster Kempas yang mula dikesan di negeri ini pada Isnin lalu terus mencatatkan peningkatan 30 kes positif wabak koronavirus ( Covid-19) sehingga semalam.
Kluster Kempas yang mula dikesan di negeri ini pada Isnin lalu terus mencatatkan peningkatan 30 kes positif wabak koronavirus ( Covid-19) sehingga semalam.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kluster Kempas yang mula dikesan di negeri ini pada Isnin lalu terus mencatatkan peningkatan 30 kes positif wabak koronavirus ( Covid-19) sehingga semalam.

Pengerusi Kesihatan dan Alam Sekitar, R. Vidyananthan berkata, 240 kontak rapat daripada kluster itu telah disahkan negatif manakala 173 masih lagi menunggu keputusan.

"Bagi Kluster Kempas, kumulatif kes ini adalah sebanyak 30 kes semalam melibatkan tujuh rakan sekerja, 15 orang ahli keluarga mereka, lima rakan sekerja ahli keluarga mereka dan tiga orang pelajar.

"Punca jangkitan kluster ini masih lagi di dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Vidyananthan berkata, pihaknya menjangkakan berlaku peningkatan kes Covid-19 di negeri ini berikutan kemasukan kes import.

Katanya, jika terdapat kes-kes positif dilaporkan melibatkan warga sekolah, tindakan akan diambil segera oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor ( JKNJ) dengan melakukan ujian saringan Covid-19 terhadap individu yang dikenalpasti sebagai kontak rapat serta arahan kuarantin di rumah selama 14 hari.

"Masyarakat tidak perlu khuatir terhadap keselamatan murid dan pelajar memandangkan sejarah melibatkan kumpulan itu adalah rendah dan tindakan awal telah diambil oleh pihak sekolah yang terlibat.

"Bagaimanapun sekolah-sekolah di negeri ini diingatkan untuk memastikan prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dipatuhi bagi mengekalkan status risiko penularan Covid-19 yang rendah di persekitaran sekolah," katanya.

Artikel Berkaitan: