Kaunter LHDNM Sandakan kembali beroperasi

No Image Caption
A
A
A

CYBERJAYA - Kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) cawangan Sandakan, Sabah kembali beroperasi bermula hari ini dengan waktu operasi yang terhad.

Menerusi kenyataan, LHDNM memaklumkan ia beroperasi Isnin sehingga Jumaat bermula jam 8 pagi hingga 1 petang.

Bagaimanapun penerimaan bayaran adalah sehingga jam 11 pagi sahaja

Sementara itu, kaunter di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Selangor dan Pusat Khidmat Hasil (PKH) Hulu Langat masih ditutup sehingga tarikh dimaklumkan kemudian.

Pada perkembangan sama, PKH Nilai, Negeri Sembilan beroperasi dengan waktu operasi yang terhad sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Bagi kaunter Setempat (Bagi Perkhidmatan Percukaian), ia dibuka jam 8 pagi hingga 1 petang selama lima hari bermula Isnin manakala penerimaan bayaran bagi kaunter duti setem sehingga jam 12 tengah hari sahaja," katanya.

Artikel Berkaitan: