POCA: Datuk Seri, dua polis fail semakan

Seorang lelaki bergelar ‘Datuk Seri’ bersama dua anggota polis memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Tinggi di sini berhubung penahanan mereka di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.
Seorang lelaki bergelar ‘Datuk Seri’ bersama dua anggota polis memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Tinggi di sini berhubung penahanan mereka di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki bergelar ‘Datuk Seri’ bersama dua anggota polis memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Tinggi di sini berhubung penahanan mereka di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

Peguam Shah Rizal Abdul Manan yang mewakili seorang anggota polis itu berkata, pihaknya memfailkan permohonan itu pada 19 Oktober lalu.

“Pendengaran permohonan itu akan didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Aslam Zainuddin pada 2 November ini.

“Walaupun pada tarikh tersebut masih Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun mahkamah akan bersidang untuk permohonan penting seperti kes ini,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Ketiga-tiga lelaki itu yang berumur 34 hingga 39 tahun memohon menyemak keputusan Mahkamah Majistret pada 14 Oktober lepas, yang membenarkan permohonan polis untuk menahan reman mereka di bawah POCA selama 21 hari bermula 14 Okt lalu.

Media sebelum ini melaporkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid memaklumkan, polis telah menahan semula tiga individu selepas mahkamah menolak perintah reman yang dimohon oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mereka yang ditahan, berhubung kes pusat panggilan membabitkan kegiatan judi dalam talian.

Beliau berkata, lelaki itu dan dua anggota polis ditahan selepas dibebaskan SPRM. -Bernama

Artikel Berkaitan: