Razali dilantik Ketua Polis Daerah Serdang

Ismadi (kiri) menyerahkan tongkat kuasa kepada Razali (kanan) pada majlis penyerahan serah terima tugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang hari ini.
Ismadi (kiri) menyerahkan tongkat kuasa kepada Razali (kanan) pada majlis penyerahan serah terima tugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang hari ini.
A
A
A

SERDANG - Penolong Pengarah Kepolisan Am Bahagian Pengurusan Dasar/Sumber, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Asisten Komisioner Razali Abu Samah dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Serdang yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan beliau bagi menggantikan Asisten Komisioner Ismadi Borhan yang mengambil alih jawatannya sebagai Penolong Pengarah Kepolisan Am Bahagian JPJKK, Bukit Aman.

Penyerahan serah terima tugas itu berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang di sini dengan disaksikan Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaluddin.

Noor Azam berkata, sepanjang tempoh penugasan Ismadi sebagai Ketua Polis Daerah, beliau telah menjalankan tugas dengan penuh komited dan berwibawa.

"Indeks jenayah di daerah ini turut mencatat penurunan 24.1 peratus dari Januari hingga September lalu.

"Antara kejayaan Ismadi ialah menumpaskan sindiket pecah rumah, curi kabel dan curi motosikal," katanya.

Sementara itu, Razali memaklumkan, beliau bersedia menggalas tugas sebagai Ketua Polis Daerah Serdang.

"Saya akan berusaha menjalankan tugas dengan penuh berdedikasi dan berharap semua warga IPD Serdang dapat memberikan kerjasama untuk membantu mentadbir IPD ini dengan baik," katanya.

Artikel Berkaitan: