Covid-19: MAIK lanjut tempoh tangguh kuliah agama

Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata,
Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata,
A
A
A

KOTA BHARU - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) melanjutkan tempoh penangguhan mengadakan kuliah agama di seluruh masjid di negeri ini sehingga 30 Oktober bagi mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Yang Dipertua MAIK, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, sebelum ini MAIK telah mengeluarkan arahan supaya kuliah-kuliah agama dihentikan bermula 25 Oktober dan berakhir 27 Oktober.

Menurut beliau, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan bagi negeri Kelantan dan Ketua Agama Islam Negeri sebagaimana peruntukan Perkara 6 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan telah mengampuni perkenan supaya penangguhan kuliah-kuliah agama di masjid-masjid seluruh negeri Kelantan dilanjutkan.

“Arahan berkenaan adalah mengambil kira peningkatan jumlah kes Covid-19 di seluruh negara termasuk di negeri Kelantan sejak akhir-akhir ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata, solat fardu dan solat sunat boleh dilaksanakan seperti biasa dengan mematuhi semua prosedur operasi standard pencegahan wabak Covid-19 yang telah dikeluarkan oleh MAIK sebelum ini.

Dalam pada itu, beliau juga mendoakan agar wabak Covid-19 yang sedang mengancam negeri dan negara pada masa ini segera berakhir dan diangkat oleh ALLAH SWT.

ARTIKEL BERKAITAN:Maik arah kuliah agama ditangguh mulai hari ini

Artikel Berkaitan: