Guardiola tak kisah dikritik

Pep Guardiola
Pep Guardiola
A
A
A

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola tidak kisah pasukannya dikritik dan yakin mampu kembali bangkit selepas berjaya mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Marseille dalam aksi Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

Menurutnya, kritikan yang dilontarkan kepada pasukannya sebelum ini disifatkan sebagai wajar apatah lagi The Citizen bermula hambar dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan sekadar meraih lapan mata daripada lima perlawanan liga musim ini.

"Kami harus menerima setiap kritikan tersebut. Bola sepak pada hari ini berada di mana-mana termasuk di media sosial. Jadi ia sudah menjadi perkara biasa.

"Jika anda menang, anda dipuji tetapi sebaliknya jika tewas. Apa yang penting kami melakukan yang terbaik dan tenang dengan kritikan yang diberikan kepada kami," katanya.

Dalam perlawanan menentang wakil dari Perancs itu pagi tadi, Ferran Torres, Ilkay Gundogan dan Raheem Sterling masing-masing meledak satu gol untuk memberikan kemenangan berharga kepada City.

Guardiola menyifatkan kemenangan tersebut sebagai reaksi positif ditunjukkan pemainnya untuk bangkit mencipta lebih banyak kemenangan dalam perlawanan akan datang.

"Untuk saingan Liga Juara-Juara kami berada di kedudukan yang baik. Bagi saingan EPL pula, kami agak ketinggalan tetapi memiliki kelebihan satu perlawanan.

"Sudah tiba masanya untuk kami bermain dengan rentak sebenar dan menunjukkan kemampuan kami sekali gus mencabar kejuaraan EPL dan Liga Juara-Juara," katanya.

Artikel Berkaitan: