X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki didakwa rogol anak tiri berusia 12 tahun

Tertuduh (tengah) dibawa ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini.
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol anak tirinya berusia 12 tahun pada tahun ini.

Tertuduh yang berusia 29 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang tidak bekerja didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di dalam bilik sebuah rumah di Taman Ungku Tun Aminah Skudai antara Mac hingga Jun tahun ini.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman sehingga 30 tahun penjara dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Lydia Salleh mengemukakan permohonan supaya mahkamah tidak membenarkan ikat jamin ke atas lelaki itu dengan alasan khuatir tertuduh mengganggu mangsa.

Kamarudin membenarkan permohonan pendakwaan dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 2 Disember depan.