X

Kindly register in order to view this article
!

Juara dunia 100m digantung aksi dua tahun

Christian Coleman - Foto skysports.com
A
A

ANKARA - Juara dunia acara larian 100 meter (m) lelaki, Christian Coleman, semalam dilarang menyertai sebarang kejohanan selama dua tahun kerana melanggar peraturan anti-doping, lapor Agensi Anadolu.

"Tribunal Disiplin menyokong tuduhan AIU dan mengenakan tindakan ke atas pelari pecut Christian Coleman dari Amerika Syarikat kerana melanggar peraturan anti-doping," tulis Unit Integriti Atlet (AIU) di Twitter.

AIU berkata, Coleman dilarang menyertai apa jua pertandingan sehingga 13 Mei 2022.

Berikutan itu, pelari berusia 24 tahun tidak dapat menyertai Sukan Olimpik Tokyo namun beliau boleh mengemukakan rayuan di Mahkamah Timbang Tara Sukan.

Coleman merangkul emas dalam acara 100m dan 4x100m di Doha tahun lalu. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!