X

Kindly register in order to view this article
!

Konflik Nagorno-Karabakh: Iran perketat sempadan udara

Pertikaian antara Armenia dan Azerbaijan tercetus sejak 1988 dengan pertempuran baharu meletus pada 27 September.
A
A

TEHRAN - Iran memperketat pertahanan udaranya dekat sempadan barat laut berikutan konflik Nagorno-Karabakh yang tercetus antara Azerbaijan dan Armenia, lapor agensi berita Xinhua.

Langkah itu bertujuan menjaga keselamatan sempadan Iran, kata Panglima Tentera Mejar Jeneral Abdolrahim Mousavi pada Selasa.

Pada Isnin, Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mengerahkan pasukannya ditempatkan berhampiran sempadan dengan wilayah Azerbaijan.

Pertikaian antara Armenia dan Azerbaijan tercetus sejak 1988 dengan pertempuran baharu meletus pada 27 September. -Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!