Saham KL teruskan momentum meningkat

Pasaran tempatan meneruskan momentum kenaikan semalam apabila Bursa Malaysia dibuka tinggi pada hampir kesemua indeks hari ini.
Pasaran tempatan meneruskan momentum kenaikan semalam apabila Bursa Malaysia dibuka tinggi pada hampir kesemua indeks hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pasaran tempatan meneruskan momentum kenaikan semalam apabila Bursa Malaysia dibuka tinggi pada hampir kesemua indeks hari ini.

Pada jam 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran meningkat 1.78 mata kepada 1,502.13.

Indeks utama itu dibuka 5.13 mata lebih tinggi kepada 1,505.48.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 212 berbanding 155, sementara 263 kaunter tidak berubah, 1,520 kaunter tidak diniagakan dan 79 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 250.99 juta unit bernilai RM178.59 juta.

Penganalisis berkata, indeks itu dijangka kekal pada prestasi positif, disokong oleh pembelian semasa harga rendah yang berterusan namun pergerakan dalam jajaran kecil.

“Pelabur institusi ketika ini menjalankan pembelian semasa harga rendah ke atas saham-saham yang mengalami penurunan manakala kebanyakan pelabur runcit tidak memasuki pasaran bagi menunggu hala tuju pergerakan seterusnya.

“Ini boleh dilihat menerusi penurunan jumlah unit yang bertukar tangan sejak awal minggu ini,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, dari sudut unjuran teknikal, pergerakan KLCI akan berada dalam jajaran kecil hari ini dengan paras rintangan serta-merta pada 1,510, manakala paras sokongan pada 1,485.

Antara saham berwajaran tinggi, Hartalega menambah 16 sen kepada RM18.44, Sime Darby naik lima sen kepada RM2.45, Petronas Gas meningkat 14 sen kepada RM16.16, Sime Darby Plantation and Dialog masing-masing menokok tiga sen kepada RM4.90 dan RM3.73.

Hartalega dan Petronas Gas muncul sebagai saham paling untung selain Pasifik Malaysia yang melonjak 34 sen kepada RM22.88 dan Kuala Lumpur Kepong yang menambah 10 sen kepada RM22.46.

Kalangan saham aktif, Tech Vivocom naik setengah sen kepada lima sen dan Pestaiang menokok sembilan sen kepada 50 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 16.97 mata kepada 10,885.04, Indeks FBMT 100 meningkat 14.01 mata pada 10,690.12 dan Indeks FBM Emas Syariah naik 33.16 mata kepada 13,068.65.

Sementara itu, FBM 70 meningkat 24.01 mata kepada 14,357.05 dan FBM ACE susut 2.13 mata kepada 10,003.20.

Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 6.77 mata kepada 12,306.15, Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.06 mata kepada 144.80 dan Indeks Perladangan menambah 26.24 mata kepada 6,967.81. - Bernama