BN, UMNO menunggu retak

No Image Caption
A
A
A

AWANG sebetulnya tak terperanjat sangat keputusan yang diambil oleh UMNO untuk kekal bersama Abah dalam Perikatan Nasional (PN).

Awang tak tahu apa yang sebenarnya berlaku dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada malam Isnin lepas. Tentulah panas.

Awang dengar juga desas-desus kemarahan ahli UMNO kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana membelakangi MT apabila tulis surat sokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jadi tak hairanlah jikalau beliau umumkan parti UMNO akan bersama Abah dalam PN selepas mesyuarat itu.

Sebelum itu, Bossku mantan Perdana Menteri pula secara terbuka minta Ahli Parlimen BN sokong Tuk Seri Anwar. Kalau ikut laporan akhbar ini, yang kuat sokong Tuk Seri Anwar selain Bossku mantan Perdana Menteri ialah Tuk Seri Zahid dan Tuk Seri Tajuddin Rahman.

Selama ini, merekalah yang lantang mahukan syarat baharu jika UMNO nak bersama PN. Ahli Parlimen BN nampaknya pun tak setuju dengan cadangan itu.

Awang baca kenyataan Tuk Seri Zahid selepas mesyuarat MT tentang perlunya akur nasihat Yang di-Pertuan Agong. Beliau juga bercakap pasal ‘Rekonsiliasi Nasional’ atau ‘Agenda Perdamaian Nasional’. Bagus sangat juga.

Tapi siapakah yang mulakan kekecohan hingga perlu perdamaian nasional? Jika UMNO bekerjasama dengan PN untuk kuatkan kerajaan, tak timbul hal itu.

Ibarat apabila orang karam yang diselamatkan dalam kapal, orang itu patut duduk diam dan berterima kasih. Bukan nak goncangkan kapal supaya karam. Ahli UMNO patut ambil ingatan apa yang berlaku.

Artikel Berkaitan: