Cadangan siapa isytihar darurat?

Awang yakin Tan Sri Perdana Menteri atau Abah banyak pemikir, pujangga, perancang dan penasihat di sekeliling beliau.
Awang yakin Tan Sri Perdana Menteri atau Abah banyak pemikir, pujangga, perancang dan penasihat di sekeliling beliau.
A
A
A

AWANG sebetulnya macam rakyat Malaysia yang lain juga, nak tahu sangat siapakah di belakang cadangan nak isytihar darurat.

Awang yakin Tan Sri Perdana Menteri atau Abah banyak pemikir, pujangga, perancang dan penasihat di sekeliling beliau.

Memang kes Covid-19 semakin buruk. Pada hari Isnin baru lalu, sebanyak 1,240 kes baharu direkodkan.

Awang dapat tahu dalam masa lapan bulan baru kita cecah angka 10,000 orang yang dijangkiti.

Tapi selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, kes Covid-19 bertambah 17,000 dalam tempoh lebih kurang tiga minggu.

Selama ini kerajaan puji diri sendiri bahawa cara kita tangani wabak itu antara yang terbaik di dunia. Rakyat pun setuju.

Tiba-tiba timbul cerita darurat. Semua terkejut. Orang berniaga yang paling panik. Istilah darurat itu boleh jejaskan keyakinan pelabur dan nilai ringgit, kata mereka.

Alhamdullilah, apabila hal itu dibawa kepada Yang di-Pertuan Agong, Seri Paduka Baginda minta tangguh untuk bincang dengan Raja-raja Melayu yang lain. Memang dah diduga Raja-raja Melayu tak setuju. Rakyat boleh bernafas lega.

Artikel Berkaitan:

Apakah muslihat sebenar Abah nak isytihar darurat? Itu yang banyak orang tanyakan.

Apakah semata-mata kerana nak menyelamatkan kedudukan dan kerajaannya?