X

Kindly register in order to view this article
!

Kanak-kanak 6 tahun lemas jatuh tali air

Mayat Muhammad Danish Aidil dibawa menaiki kenderaan polis ke Unit Forensik, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat.
A
A

BACHOK - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun lemas selepas dipercayai tergelincir ke dalam tali air ketika bermain bersama dua rakannya di Taman Bator, Harmoni Seneng, Jelawat di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 3.20 petang itu, mangsa, Muhammad Danish Aidil Mohd Hasrol cuba diselamatkan oleh seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang kebetulan berada di kawasan berdekatan.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Samsulmuddin Sulaiman berkata, mangsa seterusnya dibawa ke Klinik Kesihatan Gunung, namun disahkan meninggal dunia.

“Pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok menerima maklumat berhubung kejadian yang dimaklumkan oleh Klinik Kesihatan Gunong pada jam 4.15 petang.

“Laporan awal mendapati mangsa sebelum itu dikatakan bermain bersama dua rakan sebaya di kawasan berhampiran tali air sebelum dipercayai terjatuh ke dalam tali air berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, mayat dibawa ke Unit Forensik, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat.

“Setakat ini, kejadian ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!