Lelaki potong hidung tiru watak penjahat 'Red Skull'

Henry Rodriguez sanggup melakukan pembedahan menyakitkan demi watak penjahat 'Red Skull'. -Agensi
Henry Rodriguez sanggup melakukan pembedahan menyakitkan demi watak penjahat 'Red Skull'. -Agensi
A
A
A

GALICIA - Seorang lelaki di Sepanyol membuat 'kerja gila' apabila melakukan pembedahan ekstrem dengan memotong hidung dan menambahkan tanduk agar mirip watak penjahat dalam komik Marvel.

Henry Rodriguez, seorang artis tatu dari Galicia, telah menjalani 15 pembedahan yang menyakitkan semata-mata untuk mendalami watak Red Skull atau musuh ketat Captain America.

Rodriguez berkata, dia tidak menyesal melakukan perubahan pelik itu, bahkan dia gembira apabila anaknya menggelarkannya sebagai 'ayah luar biasa'.

Artis tatu berusia 34 tahun itu menceritakan dia mengambil keputusan itu pada tahun 2012 kerana minat mendalam dengan watak jahat terbabit.

Sebelum membuat keputusan melakukan pembedahan, dia pernah berbincang dengan doktor pakar untuk melihat watak sesuai untuk ditirunya.

"Saya inginkan sesuatu yang unik. Idea awalnya ialah tengkorak dan semasa doktor sedang merancang sesuatu, saya terus menunjukkan watak Red Skull," katanya.

Tambahnya, dia melakukan 15 pembedahan dan kos dianggarkan AS$36,000 (RM148,000). - Agensi

Artikel Berkaitan: