X

Kindly register in order to view this article
!

Pusingan 6 Cub Prix ditangguhkan

Pusingan 6 Kejuaraan Cub Prix yang dijadualkan berlangsung hujung minggu ini ditunda susulan lanjutan PKPB.
A
A

PUSINGAN 6 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS di Litar Sepang (Utara) hujung minggu ini telah ditangguhkan susulan situasi pandemik Covid-19 ketika ini.

Promoter perlumbaan, Safe Aim Mutual Sdn Bhd (SAM) dalam kenyataan hari ini berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira keputusan terkini Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor sehingga 9 November ini.

Justeru, SAM memaklumkan, pihaknya terpaksa menangguhkan perlumbaan kali ini pada satu tarikh lain yang masih belum ditetapkan.

Memandangkan dua pusingan sudah ditangguhkan, SAM berkata, pihaknya akan mengeluarkan kalendar baharu perlumbaan sebaik sahaja keadaan Covid-19 bertambah stabil.

“SAM ingin memohon maaf kepada pelumba, pasukan, pegawai dan pihak yang terbabit atas segala kesulitan serta mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas kerjasama dan memahami keadaan semasa,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, pusingan kelima perlumbaan di litar sama pada 17 Oktober lalu terpaksa ditangguhkan susulan lonjakan kes Covid-19 di negara ini. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!