Rakyat Jepun terima vaksin Covid-19 percuma

No Image Caption
A
A
A

TOKYO - Jepun meluluskan pindaan undang-undang membolehkan penduduk negara itu menerima vaksin Covid-19 secara percuma, lapor agensi berita Sputnik.

Menurut laporan agensi berita Kyodo pada Selasa, vaksinasi akan diwajibkan namun jika tidak ada jaminan yang mencukupi mengenai keselamatan vaksin, ia tidak akan dilaksanakan.

Kerajaan juga akan membayar pampasan sekiranya berlaku kesan buruk disebabkan vaksinasi.

Jepun menjangkakan akan mendapat vaksin Covid-19 pada separuh pertama 2021 mencukupi untuk keseluruhan penduduk.

Pada awal September, Jepun memutuskan untuk membeli 120 juta dos vaksin yang dibangunkan syarikat gergasi farmasi Amerika Syarikat, Pfizer dan 120 juta dos lagi daripada AstraZeneca di United Kingdom. - Bernama

Artikel Berkaitan: