Hobi Cikgu Ajak jadi duit

Abdul Razak menunjukkan anak ayam yang melalui proses erami menggunakan mesin penetas ataupun inkubator di ladangnya di Kampung Perik, Kuala Nerang semalam.
Abdul Razak menunjukkan anak ayam yang melalui proses erami menggunakan mesin penetas ataupun inkubator di ladangnya di Kampung Perik, Kuala Nerang semalam.
A
A
A

KUALA NERANG - Hobi membela ayam kampung asli dan baka sabung membolehkan seorang guru Bahasa Melayu meraih pendapatan sampingan sejak 14 tahun lalu.

Abd Razak Bosri, 50, yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Penghulu Haji Darus, Wang Tepus, Jitra berkata, dia bermula dengan membela tujuh ekor anak ayam kampung yang diberikan penduduk kampung dan kini telah mempunyai 600 ayam kampung asli dan baka sabung yang diternak di sebuah ladang

Menurutnya, ternakan ayam itu diusahakan di sebuah ladang di Kampung Perik dekat sini dan dijual pada harga RM15 sekilogram untuk pasaran tempatan.

Abdul Razak memberi makan ayam kampung yang dibelanya di ladang seluas 0.5 hektar di Kampung Perik, Kuala Nerang semalam.
Abdul Razak memberi makan ayam kampung yang dibelanya di ladang seluas 0.5 hektar di Kampung Perik, Kuala Nerang semalam.

"Saya akan ke ladang selepas habis waktu bekerja sekitar jam 3.30 petang manakala akan menguruskan ternakan ini sepenuh masa setiap hujung minggu. Selain itu saya juga mengambil seorang pekerja bermula tahun lalu untuk membantu disebabkan permintaan yang tinggi.

"Selain menternak ayam, saya turut menghasilkan makanan ayam sendiri iaitu Dedak Ajak Bokashi bagi mengurangkan kos makanan.

"Syukur formula yang saya dihasilkan sendiri itu dapat membantu mempercepatkan kematangan ayam yang hanya mengambil masa tiga bulan 15 hari," katanya ketika ditemui di ladangnya seluas 0.5 hektar semalam.

Dalam pada itu, Abd Razak atau lebih dikenali Cikgu Ajak berkata, makanan ayam keluarannya itu juga turut mendapat permintaan daripada penternak ayam di seluruh negeri utara sejak mula diperkenalkan pada 2018.

Katanya, dia kini dalam proses untuk memohon lesen daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) untuk mengeluarkan dedak dalam bentuk pallet dengan skala lebih besar bagi memenuhi permintaan pasaran yang tinggi di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Artikel Berkaitan:

Abdul Razak (kiri) dibantu pekerjanya, Mohammad Idham Abdulllah bagi menghasilkan dedak ayam di ladangnya di Kampung Perik, Kuala Nerang semalam.
Abdul Razak (kiri) dibantu pekerjanya, Mohammad Idham Abdulllah bagi menghasilkan dedak ayam di ladangnya di Kampung Perik, Kuala Nerang semalam.

"Dedak yang saya hasilkan ini adalah hasil kajian sendiri yang dilakukan sejak enam tahun lalu hasil campuran enzim buah-buahan, asid amino dari ikan, herba dan sejenis mikro organisma baik.

"Saya usahakan sendiri makanan ayam ini kerana kos paling besar dalam ternakan ayam adalah makanannya dengan melibatkan kira-kira 80 peratus daripada kos keseluruhannya," katanya.

Sementara itu, Abdul Razak mengakui bersyukur kerana usahanya itu turut mendapat perhatian, bantuan fizikal dan khidmat nasihat dari Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Padang Terap bagi membesarkan lagi perniagaan ternakan ayamnya.

Abdul Razak menunjukkan seekor ayam jantannya yang telah mencapai berat lebih sekilogram di ladangnya di Kampung Perik, Kuala Nerang semalam.
Abdul Razak menunjukkan seekor ayam jantannya yang telah mencapai berat lebih sekilogram di ladangnya di Kampung Perik, Kuala Nerang semalam.

"Malah ilmu yang saya ada ini turut dikongsikan bersama kira-kira 700 penternak ayam lain di seluruh negara melalui kursus-kursus yang saya anjurkan sejak dua tahun lalu, cuma pada tahun ini agak terhad disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sebanyak enam program kursus yang telah diatur terpaksa dibatalkan," katanya.