Sabah catat 410 kes positif Covid-19 hari ini

Masidi Manjun
Masidi Manjun
A
A
A

KOTA KINABALU - Sabah mencatatkan sebanyak 410 kes baharu positif koronavirus (Covid-19) hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) melaporkan jumlah kumulatif kes termasuk kes baharu hari ini adalah sebanyak 13,155 kes.

"Sehingga hari ini, seramai 5,615 pesakit dilaporkan telah sembuh manakala seramai 7,433 pesakit sedang menerima rawatan dalam wad di seluruh Sabah manakala dua kematian dicatat hari ini di Tawau.

"Hari ini terdapat pertambahan zon merah iaitu di Kota Marudu dan terdapat kluster baharu dikenal pasti di Kota Kinabalu iaitu Kluster Lintas membabitkan sebanyak enam kes," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Katanya lagi, Kota Kinabalu kekal mencatat kes tertinggi iaitu sebanyak 85 kes di mana tujuh daripadanya datang dari Kluster Penjara Kepayan manakala Tawau mencatat kedua tertinggi iaitu sebanyak 84 kes.

"Sandakan mencatat 45 kes, Lahad Datu (34), Keningau (29), Papar (24), Tuaran (20), Kudat (16), Kota Belud (14) dan Semporna (11).

"Penampang, Putatan dan Kota Marudu masing-masing mencatat 10 kes, Kunak (8), Ranau (4), Kinabatangan (2) dan Telupid, Beaufort, Tenom serta Sipitang masing-masing catat satu kes," katanya.

Artikel Berkaitan: