Maahad Amir Indra Petra lahir pelajar cemerlang

Maahad Amir Indra Petra, di Bachok Kelantan menjadi pilihan penduduk dari luar dan dalam negeri untuk menuntut ilmu.
Maahad Amir Indra Petra, di Bachok Kelantan menjadi pilihan penduduk dari luar dan dalam negeri untuk menuntut ilmu.
A
A
A

BACHOK - Hampir 80 tahun ditubuhkan, Maahad Amir Indra Petra yang diasaskan oleh seorang tokoh ulama tersohor, Tuan Guru Awang Noh Senik kini semakin menjadi pilihan dan mendapat pengiktirafan, bukan sahaja penduduk tempatan bahkan ibu bapa dari luar Kelantan.

Pengetuanya, Shamsuri Dollah berkata, bermula dengan sebuah sekolah yang kecil pada tahun 1942, ia semakin berkembang pesat sehinggalah ke hari ini dengan 1,500 pelajar dan 102 guru serta kakitangan sokongan.

Menurutnya, maahad tersebut mula menjadi tumpuan pelajar-pelajar apabila Yayasan Islam Kelantan (YIK) menjadikannya sebuah sekolah yang mempunyai pelbagai aliran iaitu Sains Tulen, Teknik dan Sastera.

“Pelajar sekolah ini bukan sahaja terdiri daripada anak tempatan tetapi juga dari negeri-negeri lain seperti Selangor, Pahang, Perak termasuk juga Sabah dan Sarawak.

“Antara keistimewaan sekolah ini adalah terletak di lokasi strategik, iaitu 500 meter dari Pekan Beris Kubor Besar selain kemudahan asrama kepada pelajar menjadikannya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat sekeliling,” katanya hari ini.

Nama Maahad Amir Indra Petra diambil sempena nama Yang Mulia Tengku Indra Al-Marhum Sultan Ibrahim iaitu Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan ketika itu.
Nama Maahad Amir Indra Petra diambil sempena nama Yang Mulia Tengku Indra Al-Marhum Sultan Ibrahim iaitu Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan ketika itu.

Mengulas lanjut, Shamsuri mengakui pencapaian akademik dan ko-kurikulum maahad tersebut juga amat membanggakan apabila berjaya melahirkan ramai pelajar yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan juga Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

"Ada dalam kalangan pelajar kita yang berjaya memperoleh 12 A dalam SPM (2012, 2015, 2017) selain 10 Mumtaz bagi peperiksaan STAM pada tahun 2012, 2014, 2015 dan juga 2018.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu, pelbagai kejayaan dilakarkan dalam aktiviti ko-kurikulum, antaranya naib johan Pertandingan Laman Web Peringkat YIK 2011, Kelab Fortune -Anugerah Syarikat Fortune Terbaik, Perkhidmatan Terbaik, Persembahan Terbaik & Laporan Terbaik sempena Mini Konvensyen Protune Negeri Kelantan 2016/2017; Johan Pidato Bahasa Arab – Johan Peringkat Negeri dan naib johan peringkat Sekolah-sekolah Agama Seluruh Malaysia 2017," katanya.

Dalam pada itu Shamsuri berkata, pihaknya kini dalam usaha untuk membina sebuah masjid bagi kemudahan warganya menunaikan solat memandangkan surau yang sedia ada tidak dapat menampung keperluan tersebut.

“Jadi kepada masyarakat yang berminat untuk menyalurkan sumbangan atau derma boleh dibuat melalui akaun Bank Islam 03018010141976 atau Bank Rakyat 111051000597,” katanya.