Filipina haramkan botol minuman dalam stesen MRT, LRT

21 maut dalam serangan gereja di Jolo pada Ahad lalu.
21 maut dalam serangan gereja di Jolo pada Ahad lalu.
A
A
A

MANILA - FILIPINA. Pihak berkuasa Filipina mengharamkan penumpang membawa masuk botol minuman ke dalam kawasan stesen Transit Aliran Masa (MRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT) sebagai sebahagian daripada langkah keselamatan susulan insiden pengeboman di Jolo, Ahad lalu.

Dalam kenyataan semalam, Jabatan Pengangkutan berkata langkah itu bertujuan untuk menghalang kemasukan bahan kimia berbahaya yang boleh digunakan sebagai bom.

"Penumpang yang mengingkari arahan tersebut tidak dibenarkan masuk ke stesen MRT atau LRT," katanya.

Dalam kejadian Ahad lalu, 21 orang terbunuh dan 81 lagi cedera dalam dua letupan bom di gereja di selatan Filipina.

Letupan pertama berlaku di dalam gereja Katolik di Jolo ketika satu perayaan dijalankan, dan diikuti dengan letupan kedua di lot letak kenderaan ketika tentera bertindak balas kepada kejadian pertama. - Agensi

Artikel Berkaitan: