Perbicaraan kes mahkamah Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya ditangguh

Perbicaraan kes mahkamah di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya ditangguh berikutan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hingga 9 November ini.
Perbicaraan kes mahkamah di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya ditangguh berikutan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hingga 9 November ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Perbicaraan dan pendengaran kes civil dan jenayah di mahkamah di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya ditangguhkan berikutan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hingga 9 November ini.

Menurut Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) dalam kenyataannya hari ini, panduan pengendalian kes-kes di mahkamah yang dikeluarkan pejabat itu pada 17 Mac lalu adalah terpakai untuk mahkamah-mahkamah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Antara panduan berkenaan ialah perbicaraan dan pendengaran kes sivil dan jenayah ditangguhkan dan penetapkan tarikh perbicaraan dan pendengaran yang baharu akan dimaklumkan kemudian.

Menurut PKPMP, pengurusan kes sivil secara eReview akan terus dijalankan seperti biasa secara dalam talian manakala pengurusan kes sivil secara manual akan ditangguhkan dan akan diberikan tarikh yang baharu.

Permohonan untuk tahanan reman akan dijalankan seperti biasa mengikut jadual bertugas yang telah ditetapkan.

Menurut PKPMP, panduan berhubung pendengaran kes secara dalam talian yang dikeluarkan oleh pejabat itu pada 26 Mac dan 24 April lepas juga terpakai untuk mahkamah di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya hingga 9 November ini.

Panduan itu menyatakan pihak dalam kes mahkamah boleh memohon kepada mahkamah untuk pendengaran kes sivil secara dalam talian dengan persetujuan pihak-pihak dalam kes berkenaan.

Semua panduan berkenaan juga terpakai untuk mahkamah-mahkamah di Sabah susulan pelanjutan penguatkuasaan PKPB hingga Nov 9 di negeri itu.

Artikel Berkaitan:

Menurut PKPMP, pemakaian panduan berkenaan perlu diubah suai dengan mengambil kira keperluan mahkamah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sabah.

Sebarang pertanyaan boleh dimajukan kepada pegawai bertanggungjawab di mahkamah-mahkamah yang berkenaan. - Bernama