X

Kindly register in order to view this article
!

Enam daerah di Selangor berstatus zon merah

Infografik yang dimuat naik di laman Facebook STFC, semalam.
A
A

SHAH ALAM - Enam daerah di Selangor kini berstatus zon merah selepas merekodkan lebih 40 kes pandemik koronavirus (Covid-19) dalam tempoh 14 hari sejak 13 Oktober lalu sehingga semalam.

Menerusi infografik yang dimuat naik di laman Facebook Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) memaparkan enam daerah yang terlibat adalah Klang, Kuala Langat, Petaling, Sepang, Gombak dan Hulu Langat.

"Klang merekodkan sebanyak 182 jumlah kumulatif kes, manakala Kuala Langat (118 kes), Petaling (559 kes), Sepang (151), Gombak (126 kes) dan Hulu Langat (234 kes)," katanya.

Semalam, Selangor turut merekodkan 177 kes baharu malah jumlah keseluruhan kes di negeri ini juga meningkat kepada 4,145.

Dari jumlah itu, 176 kes diklasifikasikan sebagai jangkitan tempatan manakala baki satu kes melibatkan jangkitan luar negara.

Pada 5 September lalu juga, semua daerah di Selangor berstatus zon hijau selepas 41 hari mengharungi kes aktif di bawah angka lima.

Bagaimanapun, jumlah itu merekodkan pertambahan susulan penularan wabak berkenaan melibatkan individu yang pulang dari Sabah.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!