Matrade lantik Wan Latiff sebagai CEO baharu

Datuk Wan Latiff Wan Musa
Datuk Wan Latiff Wan Musa
A
A
A

PERBADANAN Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) melantik Datuk Wan Latiff Wan Musa sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya berkuatkuasa 1 Februari 2019.

Menurut Matrade, Wan Latiff akan menggantikan Dr Mohd Shahreen Zainoreen Madros yang tamat tempoh kontrak perkhidmatan dua tahun di agensi promosi perdagangan itu, hari ini.

“Sebelum pelantikan ini, Wan Latiff bertugas sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Matrade. Beliau telah berkhidmat dengan organisasi ini sejak 1997, sekali gus mempuyai pengalaman luas dalam pembangunan perdagangan Malaysia.

“Peranan kepimpinannya di Matrade merangkumi beberapa fungsi utama termasuk promosi eksport, perkhidmatan pengurusan dan perancangan strategik,” katanya dalam kenyataan.

Matrade merupakan agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang diberi tugas melaksanakan inisiatif promosi perdagangan negara. - Bernama

Artikel Berkaitan: