Media perlu jadi ejen penyatuan: Mohd Amar

Mohd Amar (kanan) menyampaikan Anugerah Khas Wartawan Cemerlang kepada Ketua Biro Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Kelantan, Zabidi Ishar (kiri) pada Malam Anugerah Kewartawanan Kelantan (MAKK) 2019/2020 malam tadi. - Foto Bernama
Mohd Amar (kanan) menyampaikan Anugerah Khas Wartawan Cemerlang kepada Ketua Biro Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Kelantan, Zabidi Ishar (kiri) pada Malam Anugerah Kewartawanan Kelantan (MAKK) 2019/2020 malam tadi. - Foto Bernama
A
A
A

KOTA BHARU - Sebarang cerita politik boleh dihentikan buat masa ini dan media perlu menumpu kepada berita yang mewujudkan suasana tenteram tanpa mengapi-apikan perbezaan pandangan dan pertembungan dalam politik.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, media sebenarnya mempunyai tanggungjawab besar dalam menentukan maklumat yang hendak disampaikan.

"Cerita politik sudah boleh diberikan 'cuti' buat masa ini. Ada berita yang kita boleh 'highlight', ada yang kita tidak perlu fokuskan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Malam Anugerah Kewartawanan Kelantan anjuran Kelab Media Kelantan Darulnaim (Kemudi) di Hotel Grand River View semalam.

Mohd Amar turut menyarankan media supaya menjadi ejen penyatuan dan penyampai maklumat terbaik ketika negara sedang berdepan pelbagai konflik politik dan pandemik Covid-19.

Sementara itu, mengulas mengenai majlis tersebut, Mohd Amar berkata, ia merupakan satu penghargaan besar kepada wartawan yang banyak mengorbankan masa dan kudrat untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

Menurutnya, kerajaan negeri juga mengambil sikap terbuka dan mesra dengan media.

Beliau turut memaklumkan pemarkahan dibuat mengikut standard keperluan industri dalam negara dan kemenangan wartawan memenuhi kriteria yang sebenar.

Pada majlis itu, Sinar Harian Kelantan berjaya memenangi tiga anugerah termasuk Laporan Khas Terbaik dan Laporan Rencana Terbaik.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Sinar Harian menang tiga Anugerah Kewartawanan Kelantan