X

Kindly register in order to view this article
!

Dana bina dewan terbuka sudah mencukupi

Keratan portal Sinar Harian yang menunjukkan Eadil melakukan gimik dengan berpakaian lengkap sebuah syarikat perkhidmatan penghantar makanan tular di media sosial.
A
A

KUALA SELANGOR - Dana pembinaan dewan terbuka Sekolah Agama Menengah (SAM) Jeram sudah mencukupi selepas gambar pengetuanya, Eadil melakukan gimik dengan berpakaian lengkap sebuah syarikat perkhidmatan penghantar makanan tular di media sosial.

Eadil berkata, bendahari Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SAM Jeram memaklumkan kos keseluruhan pembinaan dewan terbuka sekolah itu ialah RM362, 000.

"Alhamdulilah selepas semakan atas akaun dibuat, jumlah ini sudah mencukupi sejak 20 Oktober lalu iaitu selepas 10 hari kisah itu tular," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Eadil berkata, penentuan masa kerja-kerja pembinaan dewan itu akan dibawa dalam mesyuarat PIBG sekolah itu yang dijadualkan Sabtu ini.

"Bagaimanapun kita masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), dewan yang dijangka mengambil masa dua atau tiga bulan untuk disiapkan," katanya.

Beliau berterima kasih kepada rakyat negara ini yang prihatin membantu bagi memastikan dana itu dapat dikumpulkan dalam waktu singkat.

"Jika ada pihak korporat, swasta dan individu dapat menyalurkan sumbangan mereka kepada dana pembinaan surau SAM Sultan Hishamuddin Sungai Berteh.

"Kami berharap orang ramai dapat membantu PIBG SAM Sultan Hishamuddin Sungai Berteh bagi mengumpul dana berkenaan.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Eidil yang gambarnya tular berpakaian lengkap sebuah syarikat perkhidmatan penghantar makanan bukanlah bertujuan meraih simpati.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya bukan tagih simpati'


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!