Waspada sindiket penipuan guna logo LHDNM

Sindiket menggunakan modus operandi baharu dengan menggunakan Logo LHDN.
Sindiket menggunakan modus operandi baharu dengan menggunakan Logo LHDN.
A
A
A

CYBERJAYA - Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan sindiket penipuan yang aktif menggunakan logo Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bagi memperdayakan mangsa.

LHDNM dalam kenyataannya berkata, modus operandi terbaharu sindiket adalah dengan memaklumkan mangsa mempunyai cukai tertunggak daripada pelaburan melalui surat yang mengandungi logo LHDNM dan menggunakan nama salah sebuah agensi kerajaan lain.

"Sehubungan itu, orang ramai dipohon agar sentiasa berhati-hati dengan setiap panggilan, e-mel mahupun surat yang meragukan," katanya.

Menurut jabatan itu, orang ramai dinasihatkan melakukan pengesahan dengan LHDNM serta agensi kerajaan yang berkaitan terlebih dahulu.

"Sebarang pertanyaan dan maklum balas mengenai perkara ini boleh dibuat secara dalam talian melalui HASiL Live Chat, borang maklum balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/; dan media sosial rasmi LHDNM," katanya.

Artikel Berkaitan: