Sebarang keputusan silap akan rugikan negara: Mohd Amar

 Mohd Amar
Mohd Amar
A
A
A

KOTA BHARU - Pas menyambut baik titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk bersama membantu kerajaan membendung pandemik Covid-19 yang semakin meningkat.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengakui keadaan politik kini kritikal dan keputusan yang silap akan memberi kesan berpanjangan kepada rakyat dan negara.

Menurutnya, Seri Paduka Baginda bertitah supaya ahli politik mengurangkan berpolitik kerana negara berdepan isu pandemik Covid-19 yang semakin meningkat.

"Sebab itulah kita mahu semua pihak tumpukan kepada usaha untuk menangani Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Amar juga menyarankan semua pihak akur kepada Bajet 2021 kerana penolakan bajet memberi bayangan tepat kepada penolakan pentadbiran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Melalui bajet ada perkara yang berkaitan menangani Covid-19 dan Seri Paduka Baginda bertitah supaya bajet itu diluluskan tanpa sebarang gangguan," katanya.

Artikel Berkaitan: