JPNS ditutup tiga hari bermula hari ini

Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) ditutup tiga hari bermula hari ini sehingga Khamis ini bagi kerja-kerja sanitasi berikutan kes Covid-19. - Foto Sumber Internet
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) ditutup tiga hari bermula hari ini sehingga Khamis ini bagi kerja-kerja sanitasi berikutan kes Covid-19. - Foto Sumber Internet
A
A
A

SEREMBAN - Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) ditutup tiga hari bermula hari ini sehingga Khamis ini bagi kerja-kerja sanitasi berikutan kes Covid-19.

Exco Alam Sekitar, Kesihatan dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan berkata, penutupan itu melibatkan bangunan utama jabatan itu, unit rendah dan unit menengah.

"Penutupan ini kerana terdapat kakitangan JPNS yang disahkan positif Covid-19. Ketika ini proses mengesan kontak rapat sedang dilakukan.

"Sektor atau unit yang berada di luar bangunan utama JPNS adalah terkecuali daripada penutupan ini dan akan beroperasi seperti biasa," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Tular di aplikasi WhatsApp sejak semalam mengenai seorang pegawai unit peperiksaan yang didapati positif Covid-19 dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Difahamkan kakitangan itu dipercayai positif selepas memberi ceramah di Sekolah Tinggi Islam As-Sofa di Senawang.

Bagaimanapun menerusi laman Facebook rasmi Sekolah Tinggi Islam As-Sofa Seremban 'Tahfiz & Qiraat' menafikan dakwaan kakitangan JPNS positif Covid-19 disebabkan jangkitan daripada pelajar sekolah berkenaan.

Pada hantaran yang dibuat, pihak pengurusan sekolah telah merujuk perkara itu kepada JPNS dan mereka turut menafikannya.

Artikel Berkaitan: