'UMNO parti penyelamat'

Mohd Razlan Rafii
Mohd Razlan Rafii
A
A
A

SHAH ALAM - Pendirian UMNO untuk terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) menunjukkan parti itu adalah penyelamat kepada ketidakstabilan pentadbiran kerajaan demi kesejahteraan rakyat.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii berkata, malah parti itu cuba mengelak berlakunya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika negara sedang bergelut memerangi koronavirus (Covid-19).

“Apabila negara di tengah krisis, UMNO datang sebagai penyelamat. Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan dan negara tidak mahu ke kancah PRU, UMNO datang sebagai penyelamat.

“Apabila cadangan PN ditolak oleh Majlis Raja-Raja, tidak pernah terjadi dalam sejarah cadangan darurat ditolak, bila mana kerajaan di hujung tanduk, UMNO terus bersama mendahulukan kepentingan rakyat," katanya di laman Facebooknya hari ini.

Ahad lalu, Majlis Raja-Raja menolak beberapa cadangan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin termasuk pelaksanaan darurat kesihatan dalam menangani gelombang ketiga penularan Covid-19.

Mengulas lanjut, Razlan berkata, UMNO juga bertindak matang menjaga kepentingan Raja-raja Melayu dan keselamatan, kesihatan serta ekonomi yang kolektif dengan mengekalkan sokongan kepada kerajaan PN.

“Inilah parti keramat, bercelaru permainan politik atau datang persimpangan macam mana pun, UMNO akan terus mendahulukan kepentingan rakyat,” katanya.

Artikel Berkaitan: