PDRM umum pertukaran jawatan 34 pegawai kanan

PDRM hari ini mengumumkan pertukaran membabitkan 34 pegawai kanannya berkuat kuasa 20 November ini.
PDRM hari ini mengumumkan pertukaran membabitkan 34 pegawai kanannya berkuat kuasa 20 November ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran membabitkan 34 pegawai kanannya berkuat kuasa 20 November ini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad dalam kenyataan memaklumkan, Ketua Polis Melaka, Datuk Mat Kasim Karim akan bertukar jawatan dengan Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Abdul Majid Mohd Ali pada tarikh berkenaan.

Beliau berkata, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Dev Kumar M.M. Sree pula akan menggantikan Datuk Mohd Roze Shaari sebagai Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman yang baharu manakala Mohd Roze pula akan dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Kedah.

"Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (Pasukan Gerakan Khas) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Fisol Salleh akan bertukar sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak.

"Tempat Fisol pula akan diisi oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Pasukan Gerakan Am) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Mastor Mohd Ariff," katanya.

Sementara itu, Asmawati berkata, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Kasuahdi Ali akan bertukar sebagai Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Pasukan Gerakan Am) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman.

Menurut beliau, Timbalan Pengarah Pengurusan (Bahagian Dasar Sumber Manusia) Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Azmi Abu Kassim pula bakal mengisi jawatan Kasuahdi.

"Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Senior Asisten Komisioner Denis Leong Soon Kai akan bertukar sebagai Timbalan Pengarah Narkotik (Penguatkuasaan/Pencegahan/Kepolisan Am) JSJ Narkotik Bukit Aman.

Artikel Berkaitan:

"Timbalan Pengarah Narkotik (Penguatkuasaan/Pecegahan/Kepolisan Am) SAC Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali pula akan bertukar menyandang jawatan sebagai Ketua JSJ Sarawak," katanya. - Bernama