Etika lantik Yee Pek Kuan sebagai Naib Presiden Pemasaran

Yee Pek Kuan
Yee Pek Kuan
A
A
A

PENGELUAR minuman halal terkemuka di Malaysia, Etika Holdings (Etika) melantik Yee Pek Kuan sebagai Naib Presiden Pemasarannya.

Dengan pengalaman industri selama lebih dua dekad, Pek Kuan akan bertanggungjawab untuk strategi penjenamaan dan pemasaran keseluruhan Etika termasuk kempen pembinaan jenama kreatif, pemasaran perdagangan, acara, tajaan serta perhubungan awam untuk Malaysia dan Singapura.

Ketua Pegawai Eksekutif Etika Malaysia, Singapura dan Brunei, Khalid Alvi berkata, di Etika, kakitangan merupakan aset terpenting syarikat.

"Etika menghargai bakat kreatif dan sentiasa berharap dapat mengembangkan keluarga kami dengan orang yang tepat.

"Justeru, kami sangat gembira Pek Kuan dapat bersama kami dan membawa pengalaman, pengetahuan dan kemahiran penting untuk meningkatkan kehadiran jenama serta mendigitalkan perniagaan kami di rantau ini," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Beliau berkata, Pek Kuan telah bekerjasama dengan banyak jenama multinasional dan pernah memegang jawatan penting di syarikat seperti Johnson & Johnson, Kraft Food (dahulunya Cadbury) dan F&N Limited.

Sementara itu, Pek Kuan berkata, dengan peranan baharunya, beliau akan membawa pengetahuan pemasaran, komersil dan perdagangannya untuk mengembangkan kempen pemasaran bersepadu serta menentukan kedudukan jenama dan strategi inovatif yang akan memandu Etika untuk terus meningkatkan kehadirannya di seluruh rantau ini.

"Saya juga akan terus berusaha untuk mendigitalkan perniagaan dan meningkatkan penembusan pasaran Etika melalui kempen kreatif yang menarik bagi kedua-dua rakan niaga dan pengguna Etika," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sepanjang tahun lalu, Etika telah melangkah lebih jauh untuk terus relevan dengan pengguna dalam landskap industri yang semakin dinamik.