Tujuh pelajar institusi agama terkorban akibat letupan bom

Anggota keselamatan melakukan siasatan di lokasi kejadian yang mengorbankan empat orang pelajar yang sedang belajar al-Quran di sebuah sekolah agama di Peshawar, Pakistan hari ini. - AFP
Anggota keselamatan melakukan siasatan di lokasi kejadian yang mengorbankan empat orang pelajar yang sedang belajar al-Quran di sebuah sekolah agama di Peshawar, Pakistan hari ini. - AFP
A
A
A

ISLAMABAD - [DIKEMAS KINI] Sekurang-kurangnya tujuh kanak-kanak terbunuh dan 70 yang lain cedera dalam satu letupan di sebuah institusi pengajian agama di barat laut Pakistan hari ini, kata seorang pegawai.

Bom itu meletup di kawasan Dir di bandar Peshawar, kata Bilal Faizi, jurucakap perkhidmatan penyelamat 1122, kepada Agensi Anadolu.

Tambahnya, semua yang cedera telah dipindahkan ke Hospital Lady Reading dan sebahagian daripada mereka dalam keadaan kritikal. Rakaman yang dikongsi oleh pegawai penyelamat menunjukkan letupan besar meruntuhkan sebahagian besar masjid.

Tidak ada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu setakat ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: