Tolak 395 permohonan rentas negeri kerana alasan tidak kukuh

IPD Sungai Buloh menerima sebanyak 4,392 permohonan rentas negeri dan daripada jumlah itu, 395 permohonan ditolak disebabkan alasan yang tidak kukuh serta jelas. Gambar kecil: Shafa’aton Abu Bakar
IPD Sungai Buloh menerima sebanyak 4,392 permohonan rentas negeri dan daripada jumlah itu, 395 permohonan ditolak disebabkan alasan yang tidak kukuh serta jelas. Gambar kecil: Shafa’aton Abu Bakar
A
A
A

SUNGAI BULOH - Sebanyak 263 kompaun dikeluarkan kerana ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di daerah ini bagi tempoh 14 Oktober sehingga semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, antara kesalahan utama yang dikesan adalah tidak memakai pelitup muka.

"Selain itu, lain-lain kesalahan adalah tidak menjaga penjarakkan fizikal selain tidak memiliki pas pergerakan.

"Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh juga menerima sebanyak 4,392 permohonan rentas negeri dan daripada jumlah itu, kita telah menolak 395 permohonan disebabkan alasan yang tidak kukuh serta jelas," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

IPD Sungai Buloh melaksanakan empat sekatan jalan raya di Tol Rawang Selatan dan Tol Hospital Sungai Buloh ketika PKPB dikuatkuasakan sehingga kini.
IPD Sungai Buloh melaksanakan empat sekatan jalan raya di Tol Rawang Selatan dan Tol Hospital Sungai Buloh ketika PKPB dikuatkuasakan sehingga kini.

Beliau berkata, dalam usaha mengekang koronavirus (Covid-19), pihaknya telah melaksanakan empat sekatan jalan raya di susur keluar dan masuk Tol Rawang Selatan serta susur keluar dan masuk Tol Hospital Sungai Buloh.

Katanya, sekatan jalan raya ini dilaksanakan dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

"IPD Sungai turut menubuhkan pasukan pemantau yang bergerak sepanjang 24 jam bagi memantau lokasi tumpuan ramai seperti taman rekreasi dan pusat beli-belah. Selain itu, diingatkan juga pengusaha kedai makan untuk patuh SOP ditetapkan dan jika ingkar, kompaun akan dikeluarkan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Semua masyarakat khususnya di Sungai Buloh diminta agar mematuhi SOP yang ditetapkan, usah keluar rumah tanpa sebarang tujuan dan awasi keluarga dan anak-anak sebagai langkah menangani pandemik Covid-19.