Seorang maut, empat hilang kapal karam

Antara kru kapal yang berjaya diselamatkan dalam kejadian kapal platform karam di perairan 7.7 batu nautika dari Kuala Baram, Miri, Sarawak hari ini.
Antara kru kapal yang berjaya diselamatkan dalam kejadian kapal platform karam di perairan 7.7 batu nautika dari Kuala Baram, Miri, Sarawak hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Seramai 121 kru kapal Dayang Topaz berjaya diselamatkan manakala seorang meninggal dunia dan empat lagi hilang selepas kapal itu karam di perairan 7.7 batu nautika dari Kuala Baram, Miri, Sarawak hari ini.

Ketua Pengarah Maritim, Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 6.45 pagi daripada kapal Sapura Construction yang menerima isyarat kecemasan dari kapal Dayang Topaz.

"Kapal Sapura Construction bergerak ke lokasi untuk mengesan lokasi sebenar kapal Dayang Topaz dengan 62 kru masih berada di atas kapal dan 125 kru lagi telah terjun ke laut.

"Aset-aset bantuan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sudah bergerak ke lokasi membabitkan tiga kapal dan sebuah bot. Tujuh kapal dan bot milik syarikat Petronas dan Shell turut membantu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

125 kru terjun ke laut selepas kapal penyelenggaraan minyak dan gas karam di perairan 7.7 batu nautika dari Kuala Baram, Miri, Sarawak hari ini.
125 kru terjun ke laut selepas kapal penyelenggaraan minyak dan gas karam di perairan 7.7 batu nautika dari Kuala Baram, Miri, Sarawak hari ini.

Beliau berkata, setakat jam 8.45 pagi, seramai 121 kru berjaya diselamatkan, seorang meninggal dunia dan empat lagi masih belum ditemui.

Katanya, pihaknya sedang giat melaksanakan koordinasi lanjut bagi mencari dan menyelamat empat kru dalam Operasi Carilamat kru Kapal Dayang Topaz yang masih hilang, namun punca kejadian masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan: