Beri ruang luas kepada Ahmad Zahid

Gambar dari kiri: Ahmad Zahid Hamidi, Ahmad Masrizal Muhammad
Gambar dari kiri: Ahmad Zahid Hamidi, Ahmad Masrizal Muhammad
A
A
A

PUTRAJAYA - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi harus diberi ruang seluas-luasnya untuk beliau meneruskan peranannya dalam usaha membantu kerajaan semasa.

Senator Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad berkata, sudah jelas lagi bersuluh kepimpinan Ahmad Zahid memberi tumpuan terhadap kepentingan masa depan rakyat dan negara.

"Ia berbanding untuk terus berpolemik dengan isu-isu politik merugikan rakyat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kenyataan Ahmad Zahid yang menghulurkan sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) juga diharap dapat menutup 'cakap-cakap' mengenai hala tuju UMNO.

"Tidak dengan PKR atau Datuk Seri Anwar Ibrahim atau tidak sama sekali dengan DAP.

"Noktah," katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air berkata, pergolakan politik yang berlaku seketika sebelum ini haruslah diketepikan.

"Kita semua perlu menjunjung tinggi titah Yang di-Pertuan Agong agar rakyat didahulukan, politik dikemudiankan," katanya.

Artikel Berkaitan: