Masjid di Bahrain dibuka semula untuk solat Zuhur mulai 1 November

Masjid Al-Fateh di Bahrain (Gambar untuk tujuan ilustrasi sahaja)- Sumber Wikipedia
Masjid Al-Fateh di Bahrain (Gambar untuk tujuan ilustrasi sahaja)- Sumber Wikipedia
A
A
A

MANAMA - Masjid-masjid di Bahrain akan dibuka semula untuk solat Zuhur mulai 1 November, kata Majlis Tertinggi Hal Ehwal Islam (SCIA).

Keputusan itu berdasarkan persetujuan Pasukan Petugas Nasional Memerangi Koronavirus (Covid-19) Nasional, bermaksud masjid-masjid di Bahrain akan dibuka kepada jemaah untuk solat Subuh dan Zuhur, lapor agensi berita Bahrain (BNA).

Langkah berjaga-jaga akan dilaksanakan untuk memastikan keselamatan jemaah semasa solat dua waktu itu, kata SCIA.

Solat jemaah dan Jumaat ditangguhkan di Bahrain pada 28 Mac setelah masjid ditutup untuk mengurangkan penyebaran Covid-19.

Solat subuh dibenarkan pada 28 Ogos sebagai langkah pertama pembukaan semula masjid secara beransur-ansur serta penyambungan semula ibadah berjemaah dan perjumpaan keagamaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: