Apa ditulis tidak benar: Noh

Noh memuat naik status di Facebook beliau awal pagi tadi.
Noh memuat naik status di Facebook beliau awal pagi tadi.
A
A
A

TANJONG KARANG - Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar menafikan laporan sebuah portal berita yang mengaitkan nama beliau yang dikatakan 'menyerang' cadangan Pengerusi Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bekerjasama bersyarat dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Noh berkata, beliau terkejut apabila membaca laporan portal itu yang turut mengaitkan nama Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

"Apa yang ditulis (portal berita) adalah tidak benar," katanya dalam satu status di Facebook beliau hari ini.

Noh yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO berkata, beliau tidak menyerang Najib meskipun hadir ketika mesyuarat BN di ibu negara petang semalam.

"Saya hanya memberi pandangan peribadi dan (Mohamed) Nazri juga tidak hadir. Ini menunjukkan laporan daripada portal ini tidak benar sama sekali," katanya.

Semalam, portal itu melaporkan cadangan Najib supaya gabungan itu bekerjasama dengan Anwar untuk menggulingkan kerajaan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat tentangan hebat pemimpin UMNO.

Dakwa portal itu, antara yang lantang membantah ialah Noh dan Mohamed Nazri.

Artikel Berkaitan: