Pas tetap setia terhadap kepimpinan Muhyiddin

Kenyataan Pas
Kenyataan Pas
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pas menyatakan kesetiaan tidak berbelah bagi kepada kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta menegaskan sokongan kesemua 18 Ahli Parlimen Pas bersama kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan Perikatan Nasional adalah kerajaan prihatin yang bertindak memastikan keselamatan, kehidupan ekonomi serta ketenteraman negara dan rakyat terjamin.

"Pas menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas kebersamaan Seri Paduka Baginda dengan kerajaan dalam usaha gigih menguruskan dan menangani penularan pandemik koronavirus (Covid-19) yang menjejaskan kehidupan rakyat.

“Pada masa sama, Pas menyeru rakan-rakan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk terus istiqamah mempertahankan kepimpinan Perdana Menteri dan kerajaan PN yang dibina bersama di atas keruntuhan Pakatan Harapan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) turut mengajak seluruh rakyat Malaysia berdoa serta memohon perlindungan berterusan daripada Tuhan supaya dihapuskan wabak Covid-19 dengan segera dan negara kembali selamat, aman serta bersatu padu.

Artikel Berkaitan: