X

Kindly register in order to view this article
!

Burung ada dua jantina

Burung tersebut didakwa mempunyai dua jantina berdasarkan warna berbeza pada kedua-dua sayapnya. - Foto Agensi
A
A

HARRISBURG - Penyelidik di Amerika Syarikat (AS) menemui spesies songbird digelar rose-breasted grosbeak yang didakwa mempunyai dua jantina.

"Kami semua teruja dengan penemuan ini kerana ia adalah sesuatu yang jarang berlaku," kata Pengurus Program Simpanan Alam Semula Jadi di Powdermill Nature Reserve di Carnegie Museum of Natural History di Pennsylvania, Annie Lindsay.

Difahamkan, kali terakhir penemuan spesies burung tersebut adalah kira-kira 15 tahun lalu dan ia yang kelima pernah dijumpai daripada hampir 800,000 ekor di pusat terbabit.

Difahamkan, perbezaan jantina burung grosbeak boleh diketahui melalui warna pada sayapnya dan spesies jantan mempunyai sayap berwarna merah jambu manakala betina berwarna coklat kuning.

Bahagian badan burung yang mempunyai dua jantina itu didakwa mempunyai warna berbeza dan variasi genetik itu digelar sebagai 'gynandromorphism'.

Berikutan ia jarang berlaku, saintis tidak tahu bagaimana 'gynandromorphism' memberi kesan kepada burung tersebut.

"Mungkin tiada sebarang kelebihan. Ia sememangnya akan memberi kesan kepada keupayaannya untuk mengawan. Kita tidak tahu jika bahagian betina burung itu mempunyai ovari yang berfungsi dan mampu membiak," katanya.

Gynandromorph dikatakan juga berlaku kepada spesies labah-labah, krustasea dan ayam yang didakwa berpunca daripada kesilapan genetik yang menghasilkan embrio dengan sel jantan serta betina. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!