Terima sokongan Najib untuk bentuk kerajaan baharu tindakan gila

Tindakan untuk menerima sokongan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membentuk kerajaan baharu disifatkan Tony Phua sebagai gila.
Tindakan untuk menerima sokongan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membentuk kerajaan baharu disifatkan Tony Phua sebagai gila.
A
A
A

SHAH ALAM - Tindakan untuk menerima sokongan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membentuk kerajaan baharu disifatkan sebagai gila.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata, tindakan itu dilakukan oleh seseorang yang tidak berprinsip dan dahagakan kuasa sehingga sanggup menerima sokongan daripada Ahli Parlimen Pekan.

"Benar-benar gila. Ada orang yang mungkin tidak berprinsip dahagakan kuasa sanggup menerima sokongan Najib untuk membentuk kerajaan baru," katanya di Facebook hari ini.

Petang tadi, Najib dilaporkan memberikan sokongan dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Damansara itu berkata, beliau tidak akan ikut serta dalam kerajaan tersebut.

"Fakta mudah ialah Najib penjahat terbesar di negara ini, memalukan rakyat Malaysia di seluruh dunia dan membebankan rakyat Malaysia dengan puluhan bilion hutang.

"Bagaimanapun, dia tidak menunjukkan penyesalan, tidak menyatakan rasa bersalah bahkan berani menyatakan wang itu adalah untuk anak yatim miskin.

"Kerajaan yang bergantung kepada sokongan Najib boleh pergi jahanam. Kita sudah melihat perkara itu berlaku kepada Perikatan Nasional," katanya.

Artikel Berkaitan: